Posts

Showing posts from April, 2021

Empat ustaz tarawih MBBR calon sarjana

Image
  Ustaz Amirul Sejak malam pertama kita bertarawih, warga Taman Changkat Desa/Melewar 2 serta kawasan sekitar menunaikan solat sunat itu di Masjid Bilal bin Rabah dengan diketuai imam jemputan. Mungkin tidak ramai yang mengenali siapa imam di sebalik suara yang mengimamkan solat tarawih itu. Blog TCDM2 dimaklumkan  bahawa keempat-empat imam yang menjalankan tugas tersebut mengikut giliran masing-masing terdiri daripada Imam Rakyat MBBR, Ustaz Amirul Ihsan bin Che Zahari, 28, Ustaz Ahmad Fateh Mursyid, 23, Ustaz Muhammad Faris, 28 dan Ustaz Mohd Asyraf, 27.  Ustaz Fateh Seorang daripada mereka berkelulusan sarjana kedoktoran, seorang berkelulusan sarjana manakala dua lagi sedang meneruskan pendidikan di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ustaz Amirul yang berasal dari Terengganu kini sedang belajar di peringkat sarjana dalam bidang Quran dan Sunnah di UIAM. Beliau juga mengajar hafazan kepada golongan pekerja bersara dan suri rumah. Ustaz A...

Bubur lambuk 'Pak Hassan' juadah berbuka Persatuan Penduduk

Image
Jawatankuasa Persatuan Penduduk menampal sticker dan membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk                                                                                     Petang tadi j awatankuasa Persatuan Penduduk telah mengedarkan bubur lambuk Kampong Bharu kepada warga Taman Changkat Desa/Melewar 2. Ia adalah sebahagian daripada program iftar yang diadakan sempena Ramadan tahun ini ketika negara sedang mengalami wabak Covid-19. Semalam, Persatuan Penduduk menaja iftar untuk Maahad Tahfiz Al-Sagaff di Taman Wilayah, Selayang.

Sumbangan warga TCDM2 taja iftar pelajar tahfiz

Image
Semalam, Sabtu 24 April, Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 telah menaja iftar untuk 60 pelajar Maahad Tahfiz Al-Sagaff di Taman Wilayah Selayang. Nasi briyani dan ayam kurma serta acar dihantar oleh katerer pada jam 5 petang bagi membolehkan pusat tahfiz berkenaan membuat persediaan berbuka puasa dengan selesa. Program tajaan iftar itu adalah daripada sumbangan infaq dan iftar warga Taman Changkat Desa/Melewar2 bagi 2021. Selebihnya akan diagihkan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan selepas tempoh kutipan tamat. Mereka yang ingin menyumbang kepada Tabung Infaq Persatuan boleh melakukannya secara online kepada akaun Bank Islam Persatuan. Nombor akaunnya ialah seperti berikut: 14180010013290

Mengapa bubur lambuk digemari pada Ramadan

Image
Mengapa bubur lambuk popular pada bulan Ramadan? Malah sesetengah pihak menganggap tidak lengkap Ramadan tanpa bubur lambuk. Justeru, tidak salah jika bubur lambuk disenaraikan antara juadah berbuka puasa paling digemari sepanjang bulan mulia ini. Ada yang sanggup beratur panjang di masjid yang memberi bubur lambuk secara percuma, bahkan ia juga disajikan secara bufet di hotel. Selain bubur lambuk, terdapat banyak lagi bubur yang menjadi sebahagian hidangan berbuka puasa, yang turut digemari bukan Islam. Setiap negeri mempunyai cara penyediaan bubur nasi tersendiri, misalnya Terengganu terkenal dengan bubur yang dimasak bersama pelbagai jenis ulaman dan ditambah dengan isi ikan. Pulau Pinang pula terkenal dengan bubur yang dimasak bersama daging dan rempah ratus, dengan taburan daun sup serta bawang goreng . Laporan m-Star Online memetik Naib Presiden Persatuan Chef Malaysia, Master Chef Rossham Rusli sebagai berkata bubur adalah sejenis pemakanan utama dari peringkat bayi lagi, maka t...

Ramai minat bubur lambuk lejen Kampong Bahru

Image
Bubur lambuk merupakan antara juadah yang begitu popular setiap kali tiba bulan Ramadan. Boleh dikatakan ia sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia.  Biasanya bubur lambuk  dimasak secara bergotong-royong di masjid atau surau untuk diagihkan kepada jemaah sebagai hidangan berbuka puasa. Di Kuala Lumpur, antara bubur lambuk paling popular ialah yang bubur lambuk lejen Kampong Bahru, yang diagihkan secara percuma kepada jemaah masjid selepas solat Asar. Pengurus Masjid Kampong Bahru, Mohalim Isman, 65, dipetik oleh Utusan Online sebagai berkata pengedaran bubur tersebut dilakukan melalui jemaah yang baru keluar dari masjid dan mereka yang berbaris di luar. Selain yang diagihkan oleh masjid, kini terdapat ramai peniaga yang menjual bubur lambuk di Kampong Bahru, dengan harga RM2.50 sebungkus. Terdapat juga yang dijual dengan jenama tersendiri.

Persatuan lancar Tabung Infaq, Iftar

Image
Beberapa hari lalu, Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar2 melancarkan Tabung Infaq  dan Iftar sempena Ramadan 2021/1442 ini Pada tahun ini Persatuan bercadang untuk menyampaikan sumbangan tuan-puan kepada sebuah maahad tahfiz, rumah anak Yatim dan golongan asnaf lain di kawasan sekitar. Selain itu  kami juga bercadang untuk menaja juadah berbuka kepada mereka yang berpuasa dan menghantar nasi briyani serta lauk kepada 60 penghuni Maahad Tahfiz al-Quran Al-Sagaff di Taman Wilayah Selayang. Datuk Gazali diiringi Hj Razak dan Pak Sheikh menyampaikan bantuan kepada wakil Pusat Maahad Tahfiz Al-Sagaff baru-baru ini. Jawatankuasa Persatuan khususnya Biro Kebajikan di bawah kelolaan Tn Hj Shakeeb Arsalaan mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk menjayakan program tahunan infaq dan iftar ini. Sumbangan boleh dibuat secara wang tunai atau online. Sumbangan wang tunai boleh disampaikan kepada Hj Sheikh Shakeeb - 019 224 5075 , Hj Ramman Masdar -  019 987 9557 , Hjh...

Pondok pengawal TCDM2 diubah suai

Image
  Sesuai dengan pembinaan  taman rekreasi dan landskap yang baharu, pondok pengawal keselamatan Taman Changkat Desa/Melewar2 juga sedang diubah suai. Ia bertujuan memberi imej yang baharu agar pondok itu dapat komplemen taman yang cantik bersebelahannya. Pihak Persatuan mengalu-alukan sumbangan daripada penduduk bagi menampung perbelanjaan pengubahsuaian itu. Sumbangan boleh disampaikan terus kepada AJK atau secara online ke akaun Bank Islam. Nombor akaun tersebut ialah 141 800 100 132 90 Menurut Pengerusi Biro Keselamatan Persatuan Penduduk, Zulhilmi Mohd Yassin, pihaknya akan juga memasang papan notis LED di pondok berkenaan bagi menyampaikan maklumat terkini kepada penduduk dan tetamu. "Di samping itu, kami juga akan merentangkan lampu kelam-kelip di gerbang masuk ke taman ini bagi menceriakan kawasan perumahan kita. "Ia akan dilancarkan tidak lama lagi sesuai dengan sambutan hari raya Aidilfitri," kata Zulhilmi.

Kurma juadah istimewa Ramadan

Image
Hari ini genap mat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan bagi 2021/1442 . Pada setiap Ramadan, kurma adalah antara hidangan yang seolah-olah wajib ada bagi kebanyakan rumah. Kedai, gerai dan pasar raya juga mula menjual kurma seminggu sebelum Ramadan, kadangkala lebih awal lagi Malah perniagaan kurma dilihat sebagai antara produk terlaris pada bulan puasa setiap tahun. Rasulullah SAW sendiri berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum baginda menunaikan solat. Ia sebagaimana hadis: 'Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. 'Sekiranya, tiada kurma, maka baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka, baginda meminum beberapa teguk air.' (Riwayat Ahmad) Namun, apa pula pandangan pakar pemakanan tentang khasiat pengambilan kurma dalam bulan Ramadan? Menurut pakar pemakanan, kurma sebenarnya menyumbang tenaga serta-merta kepada mereka yang memakannya apatah lagi, selepas 1...