Persatuan lancar Tabung Infaq, Iftar

Beberapa hari lalu, Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar2 melancarkan Tabung Infaq  dan Iftar sempena Ramadan 2021/1442 ini

Pada tahun ini Persatuan bercadang untuk menyampaikan sumbangan tuan-puan kepada sebuah maahad tahfiz, rumah anak Yatim dan golongan asnaf lain di kawasan sekitar.

Selain itu  kami juga bercadang untuk menaja juadah berbuka kepada mereka yang berpuasa dan menghantar nasi briyani serta lauk kepada 60 penghuni Maahad Tahfiz al-Quran Al-Sagaff di Taman Wilayah Selayang.

Datuk Gazali diiringi Hj Razak dan Pak Sheikh menyampaikan bantuan kepada wakil Pusat Maahad Tahfiz Al-Sagaff baru-baru ini.

Jawatankuasa Persatuan khususnya Biro Kebajikan di bawah kelolaan Tn Hj Shakeeb Arsalaan mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk menjayakan program tahunan infaq dan iftar ini.

Sumbangan boleh dibuat secara wang tunai atau online.

Sumbangan wang tunai boleh disampaikan kepada Hj Sheikh Shakeeb - 019 224 5075, Hj Ramman Masdar - 019 987 9557, Hjh Ruzaimah Ibrahim - 013 340 6105 atau mana-mana AJK.

Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun BANK ISLAM Persatuan Penduduk. Nombor akaun adalah seperti yang berikut:

141 800 100 132 90

Sila whatsapp resit kepada Bendahari Tn Hj Hassan Unir di talian 013 3366122 dan menyatakan dengan jelas sumbangan Infaq atau Iftar.

Selamat beramal!

Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2