Pondok pengawal TCDM2 diubah suai

 


Sesuai dengan pembinaan taman rekreasi dan landskap yang baharu, pondok pengawal keselamatan Taman Changkat Desa/Melewar2 juga sedang diubah suai.

Ia bertujuan memberi imej yang baharu agar pondok itu dapat komplemen taman yang cantik bersebelahannya.

Pihak Persatuan mengalu-alukan sumbangan daripada penduduk bagi menampung perbelanjaan pengubahsuaian itu.

Sumbangan boleh disampaikan terus kepada AJK atau secara online ke akaun Bank Islam. Nombor akaun tersebut ialah 141 800 100 132 90

Menurut Pengerusi Biro Keselamatan Persatuan Penduduk, Zulhilmi Mohd Yassin, pihaknya akan juga memasang papan notis LED di pondok berkenaan bagi menyampaikan maklumat terkini kepada penduduk dan tetamu.

"Di samping itu, kami juga akan merentangkan lampu kelam-kelip di gerbang masuk ke taman ini bagi menceriakan kawasan perumahan kita.

"Ia akan dilancarkan tidak lama lagi sesuai dengan sambutan hari raya Aidilfitri," kata Zulhilmi.


Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2