Sumbangan warga TCDM2 taja iftar pelajar tahfiz
Semalam, Sabtu 24 April, Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 telah menaja iftar untuk 60 pelajar Maahad Tahfiz Al-Sagaff di Taman Wilayah Selayang.
Nasi briyani dan ayam kurma serta acar dihantar oleh katerer pada jam 5 petang bagi membolehkan pusat tahfiz berkenaan membuat persediaan berbuka puasa dengan selesa.
Program tajaan iftar itu adalah daripada sumbangan infaq dan iftar warga Taman Changkat Desa/Melewar2 bagi 2021.
Selebihnya akan diagihkan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan selepas tempoh kutipan tamat.
Mereka yang ingin menyumbang kepada Tabung Infaq Persatuan boleh melakukannya secara online kepada akaun Bank Islam Persatuan. Nombor akaunnya ialah seperti berikut:
14180010013290