 |
Ustaz Amirul |
Sejak malam pertama kita bertarawih, warga Taman Changkat Desa/Melewar 2 serta kawasan sekitar menunaikan solat sunat itu di Masjid Bilal bin Rabah dengan diketuai imam jemputan. Mungkin tidak ramai yang mengenali siapa imam di sebalik suara yang mengimamkan solat tarawih itu.
Blog TCDM2 dimaklumkan
bahawa keempat-empat imam yang menjalankan tugas tersebut mengikut giliran masing-masing terdiri daripada Imam Rakyat MBBR, Ustaz Amirul Ihsan bin Che Zahari, 28, Ustaz Ahmad Fateh Mursyid, 23, Ustaz Muhammad Faris, 28 dan Ustaz Mohd Asyraf, 27.
 |
Ustaz Fateh |
Seorang daripada mereka berkelulusan sarjana kedoktoran, seorang berkelulusan sarjana manakala dua lagi sedang meneruskan pendidikan di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Ustaz Amirul yang berasal dari Terengganu kini sedang belajar di peringkat sarjana dalam bidang Quran dan Sunnah di UIAM. Beliau juga mengajar hafazan kepada golongan pekerja bersara dan suri rumah.
Ustaz Ahmad Fateh, Imam Rawatib di Masjid Salahuddin al-Ayubbi Taman Melati, adalah calon sarjana Fiqh di UIAM.
 |
Ustaz Faris |
Ustaz Faris pula sudah mempunyai kelulusan Sarjana Fiqh dripada UIAM, adalah pemegang Sanad Tertinggi Jordan. Beliau kini berkhidmat sebagai konsultan kewangan.
Sementara itu Ustaz Asyraf
 |
Ustaz Asyraf |
adalah calon sarjana kedoktoran (PhD) dalam Bahasa Arab dan Linguistik UIAM.
Beliau adalah Imam Masjid di-Raja Cyberjaya, juga pemegang Sanad Tertinggi Jordan.