Ramai minat bubur lambuk lejen Kampong Bahru



Bubur lambuk merupakan antara juadah yang begitu popular setiap kali tiba bulan Ramadan.

Boleh dikatakan ia sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia. 

Biasanya bubur lambuk  dimasak secara bergotong-royong di masjid atau surau untuk diagihkan kepada jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.

Di Kuala Lumpur, antara bubur lambuk paling popular ialah yang bubur lambuk lejen Kampong Bahru, yang diagihkan secara percuma kepada jemaah masjid selepas solat Asar.

Pengurus Masjid Kampong Bahru, Mohalim Isman, 65, dipetik oleh Utusan Online sebagai berkata pengedaran bubur tersebut dilakukan melalui jemaah yang baru keluar dari masjid dan mereka yang berbaris di luar.

Selain yang diagihkan oleh masjid, kini terdapat ramai peniaga yang menjual bubur lambuk di Kampong Bahru, dengan harga RM2.50 sebungkus. Terdapat juga yang dijual dengan jenama tersendiri.


Popular posts from this blog

"Selamat tinggal semua" - Ram

Sampai bila akan wujud masalah sampah di KL?

Warga Changkat Desa disantuni sempena Tahun Baharu Cina