Kurma juadah istimewa Ramadan



Hari ini genap mat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan bagi 2021/1442.

Pada setiap Ramadan, kurma adalah antara hidangan yang seolah-olah wajib ada bagi kebanyakan rumah.

Kedai, gerai dan pasar raya juga mula menjual kurma seminggu sebelum Ramadan, kadangkala lebih awal lagi

Malah perniagaan kurma dilihat sebagai antara produk terlaris pada bulan puasa setiap tahun.

Rasulullah SAW sendiri berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum baginda menunaikan solat.

Ia sebagaimana hadis: 'Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang.

'Sekiranya, tiada kurma, maka baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka, baginda meminum beberapa teguk air.' (Riwayat Ahmad)

Namun, apa pula pandangan pakar pemakanan tentang khasiat pengambilan kurma dalam bulan Ramadan?

Menurut pakar pemakanan, kurma sebenarnya menyumbang tenaga serta-merta kepada mereka yang memakannya apatah lagi, selepas 12 jam berpuasa.

"Ia akan memudahkan seseorang beribadah dan menunaikan solat Maghrib dan tarawih.

Orang dewasa yang sihat, boleh mengambil tiga biji kurma semasa berbuka dan bersahur.

Bagi yang ingin menjaga pengambilan kalori atau bagi pesakit kencing manis yang terkawal kandungan gula dalam darah mereka, hanya satu biji kecil kurma disarankan semasa berbuka dan satu biji lagi sewaktu bersahur.

Terdapat pelbagai jenis kurma di pasaran dengan harga yang kompetitif.

Antara yang popular ialah kurma Ajwa yang juga dikenali sebagai kurma Nabi, Safawi, Medjool, Mariami, Masafi, Sukhani, Rotab atau kurma madu, kurma tangkai dan lain-lain.

Yang mana satu menjadi pilihan, terpulang pada kesukaan individu. Selamat berpuasa!

Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2