Mengapa bubur lambuk digemari pada Ramadan


Mengapa bubur lambuk popular pada bulan Ramadan? Malah sesetengah pihak menganggap tidak lengkap Ramadan tanpa bubur lambuk.

Justeru, tidak salah jika bubur lambuk disenaraikan antara juadah berbuka puasa paling digemari sepanjang bulan mulia ini.

Ada yang sanggup beratur panjang di masjid yang memberi bubur lambuk secara percuma, bahkan ia juga disajikan secara bufet di hotel.

Selain bubur lambuk, terdapat banyak lagi bubur yang menjadi sebahagian hidangan berbuka puasa, yang turut digemari bukan Islam.

Setiap negeri mempunyai cara penyediaan bubur nasi tersendiri, misalnya Terengganu terkenal dengan bubur yang dimasak bersama pelbagai jenis ulaman dan ditambah dengan isi ikan.

Pulau Pinang pula terkenal dengan bubur yang dimasak bersama daging dan rempah ratus, dengan taburan daun sup serta bawang goreng .

Laporan m-Star Online memetik Naib Presiden Persatuan Chef Malaysia, Master Chef Rossham Rusli sebagai berkata bubur adalah sejenis pemakanan utama dari peringkat bayi lagi, maka tidak hairanlah ia menjadi salah satu hidangan popular sepanjang Ramadan.

Katanya, dari segi kesihatan pula,  bubur  sesuai dihidangkan bagi keselesaan perut yang kosong setelah berpuasa hampir 12 jam.

“Bubur adalah makanan yang membantu sistem pencernaan yang baik untuk perut, di samping menjadi amalan pemakanan sihat,” katanya.

Rossham berkata, bubur mengandungi karbohidrat yang membantu memberikan tenaga kepada orang yang berpuasa sepanjang hari.

Tambahnya, bubur yang berasaskan beras, walaupun bersantan dapat menggantikan hidangan makanan utama seperti nasi.

“Ia bukan sahaja berkhasiat, memberikan tenaga, menambahkan selera, malah mengimbangi rasa pemakanan seperti manis dan pedas,” katanya.

Selain faedahnya dari segi kesihatan, bubur turut digemari pada bulan puasa kerana cara penyediaannya yang mudah dan menjimatkan masa.


Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2