Posts

Showing posts from December, 2020

Pagar anti-jenayah dipasang di hadapan TCDM2

Image
Pagar keselamatan anti-jenayah ini dipasang di Taman Changkat Desa/Melewar 2 sebagai langkah menghindari kejadian ragut dalam kalangan pejalan kaki. Menurut Jurutera Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),  Muzamir Mohd Zaharil, projek itu dilaksanakan di bawah Program Bandar Selamat Jabatan Peracangan Bandar Raya DBKL. Tujuannya agar orang ramai berasa lebih selamat dan selesa ketika beriadah di kawasan berkenaan pada waktu pagi dan petang. Pelaksanaan projek itu dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam DBKL.

Laksana dasar 'sifar jalan berlubang' - Lam Thye

Image
Khairy di tempat beliau jatuh basikal di Banting Lee Lam Thye   Kerajaan perlu melaksana dasar 'sifar jalan berlubang'  bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, kata aktivis sosial, Lee Lam Thye. Katanya, dasar tersebut dijangka dapat mengurangkan  kadar kemalangan berpunca daripada jalan berlubang. Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat itu dipetik akhbar Berita  Harian bahawa isu tersebut sebenarnya melibatkan penyelenggaraan jalan yang tidak memuaskan, antaranya kualiti penurapan jalan dilaksanakan kontraktor tidak mengikut standard sepatutnya. Beliau mencadangkan pihak berkuasa mewujudkan satu pasukan yang menjalankan rondaan di setiap kawasan bagi mengenal pasti lokasi jalan berlubang bagi membolehkan tindakan segera diambil. Kelmarin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,  Khairy Jamaluddin cedera ringan selepas terjatuh basikal, akibat terlanggar lubang jalan, di Banting, Selangor. Lam Thye juga menyatakan pemerhatian bahawa setiap jalan berlub...

Wilayah Bebas Berniaga: DBKL akan roboh struktur kekal

Image
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan merobohkan struktur kekal yang dibina oleh penjaja yang menjalankan perniagaan di bawah skim Wilayah Bebas Berniaga (WBB) di tepi jalan, kata sumber Jabatan Penguatkuasa DBKL. Sumber Jabatan Penguatkuasaan DBKL yang dipetik akhbar Sinar Harian dipetik sebagai berkata, selepas nasihat dan peringatan, DBKL akan menyita dan merobohkan struktur kekal yang dibina penjaja tepi jalan sehingga merosakkan kemudahan awam dan kacau ganggu. Menurutnya, bermula minggu depan, Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan Pengurus Cawangan DBKL setiap Parlimen akan mengenal pasti penjaja yang melakukan kesalahan itu. Notis peringatan akan dikeluarkan dan penguatkuasaan tegas bagi yang ingkar. Mnegulas tindakan penjaja yang menyimen bahagian siar kaki dengan rumput oleh penjaja di Bandar Sri Permaisuri, . Sumber Jabatan Penguatkuasaan DBKL itu memaklumkan telah memberikan notis kepada peniaga terlibat. Justeru, beliau mengingatkan peniaga untuk patuh peraturan ditetapka...

'Pokok gergasi' ancam penduduk

Image
Tanaman pokok sememangnya digalakkan kerana kawasan hijau di taman perumahan boleh memberi suasana nyaman serta membersihkan udara. Namun jika pokok yang ditanam, sama ada oleh pemilik rumah mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT)  tidak dijaga dengan baik dan tidak dicantas, lama-kelamaan ia akan membesar dengan secara terkawal. Apabila ini berlaku, ia boleh mengancam keselamatan penduduk ketika berlakunya hujan dan ribut petir. Keadaan di mana kenderaan dihempap pokok yang tumbang kerap juga dibaca di dada akhbar.  Justeru seringkali juga sebelum musim tengkujuh, kita mendapati PBT mengambil langkah mencantas pokok yang berpotensi mendatangkan bahaya kepada lalu lintas dan orang ramai. Di Taman Changkat Desa terdapat sebatang 'pokok gergasi' yang mengancam rumah di sebelahnya (lihat gambar dan video). Tidak ada sesiapa tahu bila pokok di Jalan 3/7 itu ditanam dan bila pula ia menjadi tinggi jauh lebih tinggi daripada ketinggian bumbung rumah.  Penduduk berharap pihak berk...

Polis tingkat kawalan bendung jenayah di Wangsa Maju

Image
  Dr Tan Yee Kew (tengah) mendengar taklimat daripada   ASP Fairul dan Inspektor Rud y Polis akan mengenal pasti ‘hotspot’ di kawasan     Parlimen Wangsa Maju bagi membanteras kegiatan   jenayah, kata Ketua Polis Balai Wangsa Maju, ASP   Fairul Nizam Anuar dalam sesi dialog di pejabat   Ahli   Parlimen Wangsa Maju pada 18 Disember   lalu. Menurutnya, kecurian motosikal adalah antara kes  jenayah tertinggi di kawasan tersebut. Dari Januari  hingga November tahun ini, terdapat 161 kes kecurian   motosikal di kawasan Wangsa Maju. Katanya, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin menyebabkan kurangnya berlaku kejadian jenayah kerana ramai orang duduk di rumah dan tidak keluar. ASP Fairul berkata kebanyakan suspek yang melakukan  jenayah didapati berada di bawah pengaruh dadah. Justeru beliau menambah, pihak polis perlu terlebih dahulu mengambil tindakan membanteras...

Covid-19: Gelanggang di Dewan Changkat Desa ditutup

Image
                    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Wangsa Maju mengumumkan gelanggang badminton di Dewan Changkat Desa ditutup sehingga 1 Januari 2021. Pegawai Penyelaras DBKL Wangsa Maju berkata tindakan itu diambil berikutan peningkatan kes Covid-19.

MBBR dalam Zon Jingga, solat berjemaah dibenarkan

Image
P engumuman daripada masjid Bilal bin Rabah baru-baru ini menyatakan bahawa mulai 9 Disember lalu, solat berjemaah dihadkan kepada tiga orang sahaja kerana MBBR dikategorikan termasuk dalam Zon Merah berikutan kes Covid-19. Justeru hanya imam, bilal dan noja sahaja dibenarkan menunaikan solat mulai waktu Asar pada tarikh berkenaan. Naqib masjid berharap jemaah dapat bersabar dan menunaikan solat di rumah masing-masing bersama keluarga. Solat Jumaat pula buat masa ini dihadkan kepada 12 orang sahaja.

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

Image
Alam Flora Sdn Bhd meminta kerjasama warga kota supaya mengasingkan sisa buangan berdasarkan kategori sampah iaitu sisa kitar semula (3R), sisa bulky dan sisa kebun. Menurut kenyataan Alam Flora, sisa buangan itu hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik dan dibuang ke dalam tong, sementara sisa kitar semula diletakkan di tepi tong. Sila ambil perhatian bahawa kutipan sampah domestik di taman kita dilakukan oleh Alam Flora pada Isnin dan Khamis pada setiap minggu (gambar atas kiri).  Kutipan sampah bukan domestik seperti kayu, perabot, pokok dan lain-lain pula ialah pada Selasa pada setiap minggu (gambar atas kanan). 

Mampukah DBKL tangani masalah penjaja di KL?

Image
Musa Sabri (tengah berbaju putih) dan Datuk Irwan (kiri) ketika turun padang menemui peniaga di hadapan Taman Changkat Desa Baru-baru ini tiga pegawai khas daripada pejabat Menteri Wilayah Persekutuan telah 'turun padang' untuk mendengar rungutan penduduk terhadap bunyi bising dan kesesakan jalan raya berikutan pembukaan beberapa gerai di depan kawasan taman perumahan di Taman Changkat Desa/Melewar 2. Mereka terdiri daripada dua pegawai khas menteri, Encik Musa Sabri Sattar dan Encik Subash Chandrabose serta pegawai khas Setiausaha Politik menteri, Datuk Mohd Irwan Rizal bin Mohd Ali Napiah. Turut serta wakil Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Wangsa Maju dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Selepas pertemuan itu, akhbar melaporkan bahawa isu itu akhirnya telah diselesaikan apabila penduduk membenarkan penjaja meneruskan perniagaan mereka di kawasan terbabit. Sebelum ini, Gabungan Persatuan Penduduk 5 Taman membantah pembukaan gerai di hadapan taman perumahan mereka yang d...

Sampai bila akan wujud masalah sampah di KL?

Image
Masalah pembuangan sampah di negara ini seolah-olah tidak terkawal terutama di kawasan perumahan kerana sikap warga kota yang membuang sesuka hati di merata tempat. Pembangunan bandar raya  besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor bahru, Ipoh dan Pulau Pinang tidak mempunyai erti sekiranya penduduknya tidak mengamalkan kebersihan .  Amalan mengutamakan kebersihan adalah cerminan ketamadunan rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seharusnya memikul tanggungjawab ini dengan melaksanakan program yang melibatkan rakyat. Warga kota menaruh harapan yang tinggi pada Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Tan Sri Annuar Musa supaya memberi perhatian kepada isu pembuangan sampah ini dan mengadakan kempen kebersihan secara besar-besaran.  Kempen itu bukan sahaja melibatkan amalan pembuangan sampah yang teratur tetapi juga meliputi pembersihan di dalam penyediaan makanan dan kebersihan di gerai dan restoran, yang bebas daripada tikus ...