Laksana dasar 'sifar jalan berlubang' - Lam Thye

Khairy di tempat beliau jatuh basikal di Banting

Lee Lam Thye
 

Kerajaan perlu melaksana dasar 'sifar jalan berlubang' bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, kata aktivis sosial, Lee Lam Thye.

Katanya, dasar tersebut dijangka dapat mengurangkan kadar kemalangan berpunca daripada jalan berlubang.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat itu dipetik akhbar Berita Harian bahawa isu tersebut sebenarnya melibatkan penyelenggaraan jalan yang tidak memuaskan, antaranya kualiti penurapan jalan dilaksanakan kontraktor tidak mengikut standard sepatutnya.

Beliau mencadangkan pihak berkuasa mewujudkan satu pasukan yang menjalankan rondaan di setiap kawasan bagi mengenal pasti lokasi jalan berlubang bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Kelmarin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,  Khairy Jamaluddin cedera ringan selepas terjatuh basikal, akibat terlanggar lubang jalan, di Banting, Selangor.

Lam Thye juga menyatakan pemerhatian bahawa setiap jalan berlubang sering dilihat diturap seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Ini menjadikan penurapan itu sia-sia dan akan rosak semula dalam tempoh singkat. 

Pihak berkuasa harus memastikan jalan diturap dengan sempurna, kualiti bahan digunakan mematuhi standard dan tidak mudah rosak, supaya jalan tidak senang berlubang.

Mengulas insiden menimpa Khairy, Lam Thye berkata, tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) memohon maaf dalam masa kurang 24 jam kepada Ahli Parlimen Rembau itu seolah-olah membawa mesej yang silap.

Pelik kerana isu kemalangan membabitkan menteri itu mendapat perhatian segera daripada JKR pada hal  terdapat banyak kes kemalangan sebelum ini melibatkan kecederaan dan kematian tetapi dipandang sepi oleh JKR.

Malah tiada tiada langsung kenyataan maaf sekiranya yang terbabit kemalangan bukan seorang menteri. Ini membawa mesej yang berat sebelah, seolah-olah JKR tidak kisah kehidupan rakyat biasa tetapi pilih kasih kepada menteri.

BH memetik Lam Thye sebagai berkata, semua jabatan atau badan yang berkhidmat untuk rakyat seharusnya bersifat adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa perlu mengira status seseorang.

"Kerajaan seharusnya memastikan jalan raya sentiasa selamat untuk dilalui bukan sahaja menteri tetapi semua manusia," katanya.

Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2