Wilayah Bebas Berniaga: DBKL akan roboh struktur kekal
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan merobohkan struktur kekal yang dibina oleh penjaja yang menjalankan perniagaan di bawah skim Wilayah Bebas Berniaga (WBB) di tepi jalan, kata sumber Jabatan Penguatkuasa DBKL.
Sumber Jabatan Penguatkuasaan DBKL yang dipetik akhbar Sinar Harian dipetik sebagai berkata, selepas nasihat dan peringatan, DBKL akan menyita dan merobohkan struktur kekal yang dibina penjaja tepi jalan sehingga merosakkan kemudahan awam dan kacau ganggu.
Menurutnya, bermula minggu depan, Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan Pengurus Cawangan DBKL setiap Parlimen akan mengenal pasti penjaja yang melakukan kesalahan itu. Notis peringatan akan dikeluarkan dan penguatkuasaan tegas bagi yang ingkar.
Mnegulas tindakan penjaja yang menyimen bahagian siar kaki dengan rumput oleh penjaja di Bandar Sri Permaisuri, .
Sumber Jabatan Penguatkuasaan DBKL itu memaklumkan telah memberikan notis kepada peniaga terlibat.
Justeru, beliau mengingatkan peniaga untuk patuh peraturan ditetapkan susulan pihaknya mengesan masih ramai yang ingkar dengan membina struktur kekal.
Selain kes di Bandar Sri Permaisuri, DBKL turut menerima aduan sama di beberapa lokasi termasuk Setiawangsa.
Menurut laporan akhbar berkenaan, tindakan diambil oleh Penguatkuasa JPK DBKL dan boleh dikenakan kompaun maksimum RM50, 000 di bawah Seksyen 39(2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana mengalih ganti, mengambil tempat atau membuat apa-apa perubahan dengan sengaja merosakkan atau menyebabkan kerosakan pada mana mana jalan, siar kaki kepunyaan Pihak Berkuasa Tempatan.