Polis tingkat kawalan bendung jenayah di Wangsa Maju
Menurutnya, kecurian motosikal
adalah antara kes jenayah tertinggi di kawasan tersebut. Dari Januari hingga
November tahun ini, terdapat 161 kes kecurian motosikal di kawasan Wangsa Maju.
Katanya, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin menyebabkan kurangnya berlaku kejadian jenayah kerana ramai orang duduk di rumah dan tidak keluar.
ASP Fairul berkata kebanyakan suspek yang melakukan
jenayah didapati berada di bawah pengaruh dadah. Justeru beliau menambah, pihak polis perlu terlebih dahulu mengambil tindakan membanteras penyalahgunaan dadah dalam usaha untuk mengurangkan kejadian jenayah.
![]() |
Datuk Gazali menarik perhatian polis mengenai isu keselamatan di kawasan Changkat Desa/Melewar 2 |
Atas sebab demikian, balai berkenaan tingkatkan kawalan di kawasan ‘panas’ tersebut dan mengadakan rondaan lebih kerap di situ, termasuk pemantauan oleh anggota berpakaian preman.
“Orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan membantu polis jika mereka mempunyai maklumat tentang kes di kawasan masig-masing,” ujar beliau.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew pula berkata beliau meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menambahkan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pejalan kaki dan di jalan raya.
![]() |
Seorang wakil penduduk menimbulkan isu keselamatan di kawasannya |
Dr Tan berkata beliau menganjurkan dialog itu kerana ingin mendapatkan maklumat sebenar mengenai kadar jenayah di kawasan berkenaan selepas menerima banyak aduan daripada penduduk berhubung kes pecah rumah, samun dan kecurian. Sesi dialog itu turut dihadiri pemimpin masyarakat dan wakil persatuan penduduk. Taman Changkat Desa/Melewar 2 diwakili Pengerusi Datuk Gazali Harun dan Setiausaha Mohd Fuad Jaafar.