'Pokok gergasi' ancam penduduk
Tanaman pokok sememangnya digalakkan kerana kawasan hijau di taman perumahan boleh memberi suasana nyaman serta membersihkan udara.
Namun jika pokok yang ditanam, sama ada oleh pemilik rumah mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak dijaga dengan baik dan tidak dicantas, lama-kelamaan ia akan membesar dengan secara terkawal.
Apabila ini berlaku, ia boleh mengancam keselamatan penduduk ketika berlakunya hujan dan ribut petir.
Keadaan di mana kenderaan dihempap pokok yang tumbang kerap juga dibaca di dada akhbar.
Justeru seringkali juga sebelum musim tengkujuh, kita mendapati PBT mengambil langkah mencantas pokok yang berpotensi mendatangkan bahaya kepada lalu lintas dan orang ramai.
Tidak ada sesiapa tahu bila pokok di Jalan 3/7 itu ditanam dan bila pula ia menjadi tinggi jauh lebih tinggi daripada ketinggian bumbung rumah.
Penduduk berharap pihak berkuasa tempatan dapat membantu menebang 'pokok gergasi' itu sebelum berlaku kejadian tidak diingini.