Posts

Warga Changkat Desa disantuni sempena Tahun Baharu Cina

Image
Antara ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk yang menyantuni penduduk Cina di Taman Changkat Desa/Melewar 2 sempena Tahun Baharu Cina  Persatuan Penduduk telah menyampaikan cendera hati kepada penduduk keturunan Cina di Taman Changkat Desa/Melewar 2 pada pagi Sabtu, 29 Januari sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi tahun 2022 ini. Ahli Jawatankuasa diketuai Datuk Gazali Harun telah mengunjungi tujuh rumah di taman ini bagi menyampaikan limau mandarin kepada ketua keluarga atau wakil keluarga mereka.   Gazali Harun menyampaikan limau mandarin kepada En Gan di Jalan 1/7 Penyampaian sumbangan itu adalah antara usaha Persatuan Penduduk untuk menjalinkan keharmonian dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama di taman ini. Pada sambutan Tahun Harimau tahun ini, warga TCDM2 keturunan Cina sudah boleh kunjung-mengunjungi saudara-mara untuk 'makan besar' dan balik kampung. Persatuan Penduduk mengucapkan 'Gong Xi Fa Chai' kepada warga taman ini y...

"Selamat tinggal semua" - Ram

Image
Ram Bahadur Gurung Nepal, sebuah negara di Asia Selatan, diapit oleh India di timur, selatan dan barat manakala di utaranya pula merupakan kawasan autonomi Tibet, China. Nepal juga terkenal kerana mempunyai kawasan pergunungan tertinggi dunia,  Gunung Everest. Inilah negara di mana berasalnya sebahagian besar pengawal keselamatan di negara ini, bermula dari zaman British dahulu yang merekrut askar Gurkha atau Gorkha. Pada Selasa, 21 Disember ini, pengawal keselamatan kita, Ram Bahadur Gurung, 40, akan berlepas pulang ke kampung halamannya di Nawalparasi, Nepal, kira-kira 3,400 kilometer dari Kuala Lumpur. Ram, yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Taman Changkat Desa/Melewar 2 selama lebih tiga tahun, akan pulang untuk menjalani rawatan bagi penyakit 'liver' atau hati di Nepal. Beliau berada di Malaysia dan bekerja dalam bidang kawalan keselamatan untuk satu tempoh yang lama iaitu kira-kira 10 tahun. Justeru keselesaan beliau berada di Malaysia dan mengenali rapat rak...

AGM ke-10 PPTCM2 berjalan lancar

Image
Ahli-ahli Persatuan Penduduk menyanyikan lagu 'Negara Ku' sebelum mesyuarat agung Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-10 dengan jayanya. Keseluruhannya pada tahun ini, jumlah ahli Persatuan meningkat kepada 142 orang berbanding dengan 114 orang pada tahun lepas.  Tempoh skim Tabung Ihsan Kematian (TIK) pada tahun 2020 -2021 yang tamat pada 30 September lalu telah diperbaharui dengan sejumlah 139 orang, iaitu tambahan seramai 25 orang bagi tempoh 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2022. Di bawah skim TIK itu, apabila berlaku kematian, keluarga waris/peserta akan memperoleh dua manfaat - iaitu bayaran wang tunai daripada Etiqa Takaful antara RM350 hingga RM2,500 mengikut kategori umur dan imbuhan sebanyak RM200 daripada Persatuan, sama ada dalam bentuk wang tunai atau makanan yang dimasak dengan nilai yang sama. Dalam ucapannya,  Pengerusi, Datuk Gazali Harun menegaskan bahawa pihak Persatuan masih mampu menjalanka...

Terma Tabung Ihsan TCDM2

Image
TERMA RUJUKAN TABUNG  IHSAN (KEMATIAN) TAMAN CHANGKAT DESA/MELEWAR2  (Diluluskan pada mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 pada 12 September 2020) 1.0     PENGENALAN/OBJEKTIF Tabung Ihsan (Kematian) TCDM2 ditubuhkan sebagai satu usaha Persatuan Penduduk TCDM2 mengukuhkan silaturrahim dan solidariti sesama penduduk apabila berlaku kematian anggota keluarga. Di samping kita melahirkan simpati serta mengucapkan takziah di atas pemergian ahli Persatuan. Dengan adanya tabung ini dapatlah warga TCDM2 secara kolektif menyalurkan  bantuan pada saat waris si mati mengharungi kesedihan. 2.0      SYARAT KEAHLIAN DAN YURAN            Syarat-syarat keahlian Tabung ini adalah seperti berikut:- 2.1      Terbuka kepada semua isi rumah warga/penduduk  Taman Changkat Desa/Melewar2 (TCDM2) yang berumur 18 tahun ke atas yang mana sekurang-kurangnya seorang  anggota keluarga adalah...

Tabung PKP selesai diagihkan

Image
Pak Sheikh sampaikan sumbangan kepada Shukry  Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 baru-baru ini melancarkan Tabung PKP bagi membantu warga taman ini yang menghadapi kesulitan berikutan pandemik Covid-19 berpanjangan. Sejumlah RM2,964 telah dikutip daripada warga TCDM2 yang prihatin. Sumbangan disampaikan oleh Biro Kebajikan diketuai Sheikh Shakeeb Arsalaan kepada 11 warga TCDM2  yang terkesan berikutan wabak Covid-19 yang berpanjangan. Dua individu yang berkait rapat dengan TCDM2 turut diberikan sumbangan iaitu  Encik Shukry Mohamad Nor, bekas pengawal Rela yang pernah menjaga keselamatan di taman ini dan Encik Yusri bin Md Isa, pengawal keselamatan yang bertugas menjaga Dewan Changkat Desa pada waktu malam. Pengerusi Persatuan Penduduk, Datuk Gazali Harun mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan PKP ini untuk kesejahteraan jiran TCDM2. tetangga. "Semoga sumbangan tuan-puan diterima sebagai amal jariah yang diberi ganjaran pah...

Meriahnya sambutan merdeka di Changkat Desa, Melewar 2

Image
Pada tahun ini kita menyambut Hari Kebangsaan ke-64 ketika pandemik Covid-19 masih belum ada noktah. Namun semangat rakyat Malaysia tidak sama sekali luntur dengan cabaran tersebut dan terus berjuang untuk memerdekakan negara daripada ancaman Covid-19. Semangat itu dimanifestasikan dengan pengibaran bendera di rumah dan kawasan perumahan masing-masing. Selain itu pelbagai ucapan kemerdekaan turut dikirimkan kepada rakan di sekeliling sekaligus memanifestasikan semangat perpaduan dalam diri kita. Semangat yang sama dapat dilihat di taman kita. Sempena Hari Kebangsaan ke-64 ini. Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 turut melancarkan pengibaran bendera dan ucapan kemerdekaan di papan LED TCDM2 di pondok pengawal. Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-64! Malaysia Prihatin. Lindungi Diri, Lindungi Semua.

Bendera Malaysia berkibaran di TCDM2 sempena sambutan merdeka

Image
Taman Changkat Desa/Melewar 2 dihiasi dengan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos ini. Pelbagai bentuk bendera  dipasang oleh ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk di pintu masuk ke taman ini  Bendera juga kelihatan berkibaran di setiap boom gate di penghujung Jalan 2/7, Jalan 3/7, Jalan 4/7  dan Jalan 4/7. Tema lemerdekaan tahun ini ialah 'Malatsia Prihatin', sama seperti tema pada 2020. Penduduk TCDM2 digalakkan memasang bendera di rumah masing-masing bagi memeriahkan sambutan hari kebangsaan.