AGM ke-10 PPTCM2 berjalan lancar



Ahli-ahli Persatuan Penduduk menyanyikan lagu 'Negara Ku' sebelum mesyuarat agung

Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-10 dengan jayanya.

Keseluruhannya pada tahun ini, jumlah ahli Persatuan meningkat kepada 142 orang berbanding dengan 114 orang pada tahun lepas. 

Tempoh skim Tabung Ihsan Kematian (TIK) pada tahun 2020 -2021 yang tamat pada 30 September lalu telah diperbaharui dengan sejumlah 139 orang, iaitu tambahan seramai 25 orang bagi tempoh 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2022.

Di bawah skim TIK itu, apabila berlaku kematian, keluarga waris/peserta akan memperoleh dua manfaat - iaitu bayaran wang tunai daripada Etiqa Takaful antara RM350 hingga RM2,500 mengikut kategori umur dan imbuhan sebanyak RM200 daripada Persatuan, sama ada dalam bentuk wang tunai atau makanan yang dimasak dengan nilai yang sama.

Dalam ucapannya, 

Pengerusi, Datuk Gazali Harun menegaskan bahawa pihak Persatuan masih mampu menjalankan aktiviti pada tahun 2020 dan 2021walaupun wujud kekangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gazali mengucapkan 


penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di atas kerjasama yang dihulurkan kepada Persatuan Penduduk khususnya pejabat Cawangan Wangsa Maju.

Menurutnya, taman rekreasi yang dibina di hadapan Jalan 1/7 akan memberi tambah nilai yang baik kepada harta tanah di Taman Changkat Desa/Melewar 2.

Pada tahun ini, pihak Persatuan juga telah menaikkan taraf pondok pengawal bagi memberinya imej baharu di pintu masuk ke taman ini.

Selain itu sebuah papan elektronik LED turut dipasang sebagai wadah penyampaian maklumat kepada penduduk.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ahli di atas sokongan yang diberikan kepada Persatuan Penduduk.

Mesyuarat agung itu juga meluluskan usul mengenai cadangan pembinaan pagar di lorong belakang rumah di setiap jalan yang bersempadan dengan Jalan 11/10 Taman Koperasi Polis Fasa 1, yana mana kosnya akan dikongsi secara bersama-sama oleh Persatuan Penduduk dan penduduk yang terlibat.




Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2