Terma Tabung Ihsan TCDM2




TERMA RUJUKAN TABUNG  IHSAN (KEMATIAN) TAMAN CHANGKAT DESA/MELEWAR2 

(Diluluskan pada mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 pada 12 September 2020)

1.0     PENGENALAN/OBJEKTIF

Tabung Ihsan (Kematian) TCDM2 ditubuhkan sebagai satu usaha Persatuan Penduduk TCDM2 mengukuhkan silaturrahim dan solidariti sesama penduduk apabila berlaku kematian anggota keluarga.

Di samping kita melahirkan simpati serta mengucapkan takziah di atas pemergian ahli Persatuan. Dengan adanya tabung ini dapatlah warga TCDM2 secara kolektif menyalurkan  bantuan pada saat waris si mati mengharungi kesedihan.

2.0      SYARAT KEAHLIAN DAN YURAN

           Syarat-syarat keahlian Tabung ini adalah seperti berikut:-

2.1      Terbuka kepada semua isi rumah warga/penduduk  Taman Changkat Desa/Melewar2 (TCDM2) yang berumur 18 tahun ke atas yang mana sekurang-kurangnya seorang  anggota keluarga adalah ahli Persatuan Penduduk TCDM2 yang membayar yuran tahunan Persatuan RM10 atau ahli seumur hidup RM100.

2.2      Permohonan keahlian Tabung ini tertakluk kepada serahan borang kepada AJK Tabung yang lengkap yang diisi seperti di lampiran.

 2.3     Yuran keahlian tahunan Tabung adalah sebanyak RM25 setahun yang dikira dari             1 Oktober sehingga 30 September tahun berikutnya.

 2.4     Yuran tahunan hendaklah dijelaskan pada atau sebelum 30 September setiap tahun kecuali untuk tahun pertama pelancaran Tabung ini.

 2.5    Tabung ini hanya boleh dikuatkuasakan dengan 50 ahli. Sekiranya jumlah itu tidak dapat diperoleh, maka sebahagian yuran yang diberikan akan dikembalikan dan Tabung ini dengan sendirinya terbubar. 

3. 0     MANFAAT KEAHLIAN

3.1      Tabung ini akan menghulurkan manfaat berbentuk kewangan jika berlaku kematian ahli atau anggota keluarga dalam isi rumah ahli seperti yang didaftarkan, tertakluk kepada syarat-syarat keahlian dan yuran di perenggan 2 di atas.

3.2      Manfaatnya adalah seperti berikut:-

           a)        Sumbangan tunai RM200;

                      atau

           b)        Sumbangan makanan dengan anggaran nilai RM200.

 

Bentuk sumbangan di atas akan diputuskan oleh AJK pengurusan Tabung ini atas budi bicara mereka mengikut kesesuaian dan waktu.


            3.3     Ahli serta tanggungan mereka akan juga menerima manfaat daripada Pelan Takaful Keluarga yang ditaja jamin oleh syarikat takaful yang dilantik oleh AJK Persatuan Penduduk tertakluk pada syarat yang ditentukan oleh syarikat insurans. 

4.0     PENGURUSAN DANA

4.1      Semua kutipan yuran dan sumbangan akan diletakkan didalam Tabung Ihsan (Kematian)  ini semata-mata dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain daripada objektif  Tabung ini di tubuhkan.

4.2      Sebahagian daripada yuran ini akan digunakan untuk membayar premium kepada syarikat insurans yang taja jamin Pelan Takaful Keluarga ini. 

4.3      Jika Tabung ini kekurangan dana, maka dana PPTCDM2 akan digunakan untuk membiayai faedah keahlian, jika berlaku kematian ahli atau anggota isi rumah ahli.

4.4      AJK Pengurusan bertanggungjawab mengurus Tabung dengan amanah dan dikehendaki melaporkan kegunaan dan kedudukan kewangan Tabung setiap tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPTCDM2.

5.0      AHLI JAWATAN KUASA TABUNG ( AJK Tabung )

5.1      Tabung ini diurus tadbir oleh tujuh  ( 7 ) orang  AJK yg terdiri daripada:-

a. Pengerusi/Ketua

b. Setiausaha

c. Bendahari

d. Wakil Hal Ehwal Wanita PPTCDM2

d. Tiga ( 3 ) orang AJK biasa.

5.2      Keanggotaan AJK Tabung ini adalah seperti berikut:-

a)  Pengerusi/Ketua Tabung adalah AJK PPTCDM2 yang bertanggungjawab bagi hal-hal kebajikan dan kemasyarakatan.

b)  Bendahari PPTCDM2 sebagai Bendahari Tabung;

c) Setiausaha atau Penolong Setiausaha PPTCDM2  sebagai Setiausaha Tabung;

d) Anggota wanita TCDM2 yang mewakili warga wanita TCDM2; dan

e) 3 AJK Tabung yang dilantik oleh Pengerusi PPTCDM2.

6.0     TARIKH  KUATKUASA  DAN  PELAKSANAAN 

           Tabung ini berkuatkuasa untuk dilaksanakan bermula 1 Oktober 2020 bagai tahun 2020/2021 yang berakhir pada 30 September 2021 tertakluk pada Perkara 2.5.


Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram