Warga Changkat Desa disantuni sempena Tahun Baharu Cina
Antara ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk yang menyantuni penduduk Cina di Taman Changkat Desa/Melewar 2 sempena Tahun Baharu Cina |
Persatuan Penduduk telah menyampaikan cendera hati kepada penduduk keturunan Cina di Taman Changkat Desa/Melewar 2 pada pagi Sabtu, 29 Januari sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi tahun 2022 ini.
Ahli Jawatankuasa diketuai Datuk Gazali Harun telah mengunjungi tujuh rumah di taman ini bagi menyampaikan limau mandarin kepada ketua keluarga atau wakil keluarga mereka.
Gazali Harun menyampaikan limau mandarin kepada En Gan di Jalan 1/7 |
Penyampaian sumbangan itu adalah antara usaha Persatuan Penduduk untuk menjalinkan keharmonian dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama di taman ini.
Pada sambutan Tahun Harimau tahun ini, warga TCDM2 keturunan Cina sudah boleh kunjung-mengunjungi saudara-mara untuk 'makan besar' dan balik kampung.
Persatuan Penduduk mengucapkan 'Gong Xi Fa Chai' kepada warga taman ini yang menyambut Tahun Baharu Cina!
Amin menyampaikan limau mandarin kepada isteri En Thomas Ng di Jalan 4/7 |