Meriahnya sambutan merdeka di Changkat Desa, Melewar 2

Pada tahun ini kita menyambut Hari Kebangsaan ke-64 ketika pandemik Covid-19 masih belum ada noktah.

Namun semangat rakyat Malaysia tidak sama sekali luntur dengan cabaran tersebut dan terus berjuang untuk memerdekakan negara daripada ancaman Covid-19.

Semangat itu dimanifestasikan dengan pengibaran bendera di rumah dan kawasan perumahan masing-masing.

Selain itu pelbagai ucapan kemerdekaan turut dikirimkan kepada rakan di sekeliling sekaligus memanifestasikan semangat perpaduan dalam diri kita.

Semangat yang sama dapat dilihat di taman kita. Sempena Hari Kebangsaan ke-64 ini. Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 turut melancarkan pengibaran bendera dan ucapan kemerdekaan di papan LED TCDM2 di pondok pengawal.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-64! Malaysia Prihatin.

Lindungi Diri, Lindungi Semua.



Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2