Tabung PKP selesai diagihkan

Pak Sheikh sampaikan sumbangan
kepada Shukry 


Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 baru-baru ini melancarkan Tabung PKP bagi membantu warga taman ini yang menghadapi kesulitan berikutan pandemik Covid-19 berpanjangan.

Sejumlah RM2,964 telah dikutip daripada warga TCDM2 yang prihatin. Sumbangan disampaikan oleh Biro Kebajikan diketuai Sheikh Shakeeb Arsalaan kepada 11 warga TCDM2 
yang terkesan berikutan wabak Covid-19 yang berpanjangan.

Dua individu yang berkait rapat dengan TCDM2 turut diberikan sumbangan iaitu  Encik Shukry Mohamad Nor, bekas pengawal Rela yang pernah menjaga keselamatan di taman ini dan Encik Yusri bin Md Isa, pengawal keselamatan yang bertugas menjaga Dewan Changkat Desa pada waktu malam.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Datuk Gazali Harun mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan PKP ini untuk kesejahteraan jiran TCDM2. tetangga.

"Semoga sumbangan tuan-puan diterima sebagai amal jariah yang diberi ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT," kata beliau.

Amin sampaikan sumbangan
kepada Yusri



Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2