Tabung Ihsan Kematian: Sumbangan pertama diserahkan

Hjh Mahani menyerahkan
                sumbangan kepada Pn Roseliani


Sejak Oktober 2020 lebih 100 warga TCDM2 telah menyertai Tabung Ihsan Kematian (TIK) anjuran Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar2 dengan membayar RM25.

TIK ada dua komponen, iaitu

1. Perlindungan Takaful Etiqa (tertakluk pada syarat Etiqa).

2. Sumbangan ihsan sama ada tunai ataupun makanan bernilai RM200, mengikut kesesuaian apabila berlaku kematian ahli keluarga ahli TIK.

Ahli yang memasuki skim ini tidak perlu bimbang kerana Persatuan Penduduk mempunyai rekod pencarum dan tanggungan. 

Apabila berlaku kematian, pihak Persatuan akan semak rekod untuk melihat kelayakan manfaat yang sepatutnya diterima dan memaklumkan Etiqa.

Perlu diingatkan bahawa perlindungan adalah untuk pencarum sebagai ketua keluarga (atau isteri sebagai pencarum utama) dan tanggungan iaitu anak di bawah umur 23 tahun.

Ibu atau ayah yang tinggal di alamat yang sama tidak dilindungi dalam skim ini.

Namun selain manfaat oleh Etiqa Takaful,  Persatuan Penduduk menyediakan makanan yang dimasak bernilai RM200 untuk rumah yang kematian anggota keluarga, untuk orang Islam.

Bagi bukan Islam, Persatuan akan beri wang tunai RM200.

Maknanya walaupun ibu dan ayah tidak dilindungi, Persatuan akan tetap beri RM200 dalam bentuk makanan atau wang tunai daripada Tabung Ihsan Kematian.

Penerima pertama manfaat TIK ini ialah keluarga Encik Azeez dan Puan Roseliani dari Jalan 4/7 berikutan pemergian ayah Pn Roseliani, Allahyarham Abdullah bin Abu Bakar beberapa hari lalu.

Oleh kerana keadaan semasa Covid-19, pihak Persatuan tidak dapat menyediakan makanan yang dimasak untuk keluarga berkenaan dan sebaliknya menyerahkan wang tunai kepada beliau.

Sumbangan TIK itu telah diserahkan oleh wakil Persatuan, Hjh Noor Mahani Azri.

Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2