Pandai pasang banner, tak pandai cabut


Pandai pasang tapi tak pandai kutip balik. 

Begitulah keadaan banner dan poster Ramadan dan Aidilfitri yang begitu banyak dipasang di pagar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di jalan masuk dari Lebuhraya Duke dan pagar kawasan rekreasi dan landskap  Taman Changkat Desa/Melewar2.

Banner itu dipasang oleh 

parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masjid bagi menyampaikan ucapan perayaan atau makluman tentang program yang dianjurkan.



Sepatutnya apabila selesai program atau tempoh tertentu selepas perayaan, pihak berkenaan harus mencabut banner itu.

Mereka tidak harus meletakkan tanggungjawab membersihkan banner itu ke atas bahu orang lain.

Pihak yang memasangnya perlu ada etika dan menetapkan jangka masa tertentu ketika merentangkan banner iitu.


Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2