Saluran tebatan banjir di Kampung Changkat ditumbuhi pokok

.


Tebatan banjir ialah tindakan mengurangkan jumlah atau isu padu air sungai di bahagian hulu sebelum sungai memasuki pusat bandar raya.

Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang merupakan sebahagian ikhtiar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur. 

Projek tebatan ini telah dirancang sejak Rancangan Malaysia ke-8 lagi. Antara kawasan yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini ialah Jalan 2/10 Taman Koperasi Polis 1, di hadapan Taman Changkat Desa. Menerusi projek ini, air hujan disalurkan dari Sungai Gombak menuju ke kolam takungan Batu.

Namun selepas beberapa tahun didapati  saluran banjir bawah tanah iti tidak diselenggarakan dengan baik sehingga muncul pokok dan tumbuh-tumbuhan di dalam saluran di tempat tertentu

Penulis merakam gambar di saluran  tersebut di Kampung Changkat di mana terdapat tumbuh-tumbuhan yang boleh menghalang kelancaran air banjir.

Pihak JPS Kuala Lumpur telah dimaklumkan dan pegawai yang menjawab panggilan berjanji akan mengambil tindakan selepas turun padang untuk melihat situasi dalam aduan.


Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2