Hidupkan keharmonian sempena 2021 - Gazali



Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada seluruh warga TCDM2.

Sempena dengan tahun baharu ini, Pengerusi, Datuk Gazali Harun mengajak penduduk di taman ini supaya bersama-sama menggembleng tenaga serta berkongsi ilmu bersama Persatuan Penduduk bag menjadikan kejiranan kita komuniti yang harmoni, bersepakat serta selamat didiami. 

Di samping itu kita harus memelihara adab kesopanan dan kesusilaan serta hormat-menghormati, berbaik sangka, bertimbang rasa serta berempati.

Gazali berkata pengalaman yang kita tempuhi pada 2020 berupa pahit, kecewa, sedih ataupun gembira dan semua itu hanya tinggal sebagai kenangan.

Tambahnya, pandemik Covid-19 telah merobah norma kehidupan manusia di seluruh dunia mengakibatkan keadaan ekonomi terjejas teruk dan jutaan orang hilang pekerjaan serta punca pendapatan.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP), sekatan perjalanan, penutupan sempadan antarabangsa dan lain-lain sekatan serta penekanan kepada amalan SOP pencegahan Covid-19, telah terbentuk normal baharu dalam amalan sosial dan hubungan kekeluargaan.

Sama ada kita suka atau tidak, masa terus berlalu.

Akibatnya ia menambahkan cabaran kepada  emosi dan mental manusia selain ketakutan dijangkiti Covid-19  ke atas diri sendiri, ahli keluarga serta sahabat handai yang boleh mengancam nyawa mereka.

"Alhamdulillah, berlatar belakangkan cabaran yang luar biasa (dari aspek ekonomi, kehidupan sosial dan kekeluargaan, ancaman kesihatan dan kesan terhadap emosi serta minda), kita bersyukur kepada Allah SWT kerana melanjutkan usia kita melepasi 2020 dan kini berada pada 2021 Masihi.

"Atas kesedaran daripada musibah pandemik Covid-19 yang menimpa planet ini, marilah kita bersama-sama bermuhasabah, " katanya.

Dalam ucapan tahun baharunya, Gazali turut mengungkapkan pantun khusus untuk warga TCDM2.

'Pergi ke sungai memancing ikan

Membeli umpan di kedai Mat Rani

Bersepakat tolong menolong dijadikan budaya

Menghidupkan suasana kejiranan harmoni'


'Jangan mudah berputus asa

Hingga termenung berduka lara

Jiran berbudi kita berbahasa

Barulah hidup aman sejahtera'


Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga TCDM2 di atas sokongan dan kerjasama berterusan dalam aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Penduduk.


Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2