Posts

Showing posts from May, 2021

Institusi amal, individu penerima infaq Ramadan

Image
Datuk Gazali menyampaikan cek kepada Pengelola Rumah Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi Sepanjang Ramadan yang  baru lalu, Persatuan Penduduk mengagihkan sumbangan infaq tuan-puan kepada individu dan organisasi amal. Antaranya Hidayah Foundation Centre,  Raudhastul Sakinah,  Sumbangam kepada asnaf di Taman Koperasi 1 Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi di Jalan Amzil dan 40 asnaf dari Taman Koperasi Polis 1 yang disampaikan di Masjid Bilal bin Rabah.   Infaq yang disampaikan kepada Shukri  Turut menerima sumbangan warga TCDM2 ialah 10 asnaf di Taman Melewar, beberapa lagi dari Taman Rowther dan Taman Karak Utama serta 10 asnaf dari Kampung Kerdas Gombak. Antara individu yang menjadi penerima termasuk bekas pengawal Rela kita, Tn Shukri, Puan Aza, Tn Hj Wan Mohd Zukri (yang isterinya sedang menghadapi penyakit kanser), peniaga roti John Encik Hamidon dari Padang Balang dan Tn Zahisham Ujang yang menghadapi masalah kesihatan. Sumbangan kepada Za...

Pandai pasang banner, tak pandai cabut

Image
Pandai pasang tapi tak pandai kutip balik.  Begitulah keadaan banner dan poster Ramadan dan Aidilfitri yang begitu banyak dipasang di pagar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di jalan masuk dari Lebuhraya Duke dan pagar kawasan rekreasi dan landskap  Taman Changkat Desa/Melewar2. Banner itu dipasang oleh  parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masjid bagi menyampaikan ucapan perayaan atau makluman tentang program yang dianjurkan. Sepatutnya apabila selesai program atau tempoh tertentu selepas perayaan, pihak berkenaan harus mencabut banner itu. Mereka tidak harus meletakkan tanggungjawab membersihkan banner itu ke atas bahu orang lain. Pihak yang memasangnya perlu ada etika dan menetapkan jangka masa tertentu ketika merentangkan banner iitu.

Changkat Desa-lah kampung kita raya ini

Image
Eid Mubarak Taqabalallahu Minna Waminkum Ramadan 1442 baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah pada pagi ini Syawal menjelma lagi. Setahun sudah berlalu sejak raya era Covid-19. Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Taman Changkat Desa/Melewar2-lah kampung kita.  Tidak ada kesesakan di lebuh raya seperti lazimnya, tidak ada "feel" nak balik kampung dan kesibukan di RnR di mana mi maggie pun menjadi rebutan dan stesen minyak kehabisan petrol. Lagu 'Balik Kampung' juga tidak lagi kedengaran.  Jemaah yang berbaris di luar Masjid Bilal bin Rabah diberikan nombor untuk bersolat Aidilfitri. Nombor 1 hingga 50 habis diagihkan sebelum jam 7.20 pagi lagi. Namun ramai masih yang beratur di luar dan menaruh harapan pentadbir pihak masjid akan memberi kelonggaran namun hasrat meteka tidak kesampaian. Laungan takbir imam hanya kedengaran di luar pekarangan masjid.   Raya ini raya PKP. Di luar kebiasaan kita, raya normal baharu (yang bukan lagi baharu). Yang ada c...

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Image
Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar2 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sdr Thomas Ng dan Tn Hj Halimi Mahasan yang membantu dalam kerja membetulkan 'alignment' lampu raya di antara dua tiang di hadapan pondok keselamatan Sabtu lalu.    Thomas Ng Lampu raya itu sebelum ini dipasang oleh kontraktor tetapi 'alignmentnya' lari sedikit. Justeru jawatankuasa terlibat memutuskan untuk membetulkannya tetapi tidak ada peralatan atau tangga yang cukup tinggi. Hj Halimi Di sinilah wujudnya bantuan drp Thomas kerana beliau mempunyai 'back hoe' yang boleh mengangkat Hj Halimi dan kontraktor untuk mencapai kabel yang memautkan lampu raya itu bagi membetulkan 'alignmentnya'. Ini bukan kali pertama Thomas memberi bantuannya. Beberapa tahun lalu beliau turut membantu ketika kita bergotong-royong untuk memotong pelepah pokok kelapa.                                       ...