Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing



Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar2 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sdr Thomas Ng dan Tn Hj Halimi Mahasan yang membantu dalam kerja membetulkan 'alignment' lampu raya di antara dua tiang di hadapan pondok keselamatan Sabtu lalu. 

 

Thomas Ng

Lampu raya itu sebelum ini dipasang oleh kontraktor tetapi 'alignmentnya' lari sedikit. Justeru jawatankuasa terlibat memutuskan untuk membetulkannya tetapi tidak ada peralatan atau tangga yang cukup tinggi.

Hj Halimi


Di sinilah wujudnya bantuan drp Thomas kerana beliau mempunyai 'back hoe' yang boleh mengangkat Hj Halimi dan kontraktor untuk mencapai kabel yang memautkan lampu raya itu bagi membetulkan 'alignmentnya'.

Ini bukan kali pertama Thomas memberi bantuannya. Beberapa tahun lalu beliau turut membantu ketika kita bergotong-royong untuk memotong pelepah pokok kelapa.

                                     


  

Thomas dan beberapa penduduk bukan Melayu yang lain seperti Amarjit Singh dan Mr Gan juga pernah duduk berbincang dengan wakil Persatuan mengenai isu kepentingan bersama penduduk.

Ia sekaligus mencerminkan perpaduan dan toleransi dalam kalangan penduduk secara umumnya.

Walaupun berbeza kaum dan agama, kita tetap bersatu sebagai sebuah entiti yang harmoni.

Persatuan Penduduk berharap sikap seumpama dapat diperluaskan dengan penglibatan lebih ramai penduduk khususnya dalam aktiviti yang dijalankan.

Syabas Thomas dan Halimi!


Popular posts from this blog

Buang sampah ikut kategori - Alam Flora

"Selamat tinggal semua" - Ram

Terma Tabung Ihsan TCDM2