Terma Tabung Ihsan TCDM2

TERMA RUJUKAN TABUNG IHSAN (KEMATIAN) TAMAN CHANGKAT DESA/MELEWAR2 (Diluluskan pada mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 pada 12 September 2020) 1.0 PENGENALAN/OBJEKTIF Tabung Ihsan (Kematian) TCDM2 ditubuhkan sebagai satu usaha Persatuan Penduduk TCDM2 mengukuhkan silaturrahim dan solidariti sesama penduduk apabila berlaku kematian anggota keluarga. Di samping kita melahirkan simpati serta mengucapkan takziah di atas pemergian ahli Persatuan. Dengan adanya tabung ini dapatlah warga TCDM2 secara kolektif menyalurkan bantuan pada saat waris si mati mengharungi kesedihan. 2.0 SYARAT KEAHLIAN DAN YURAN Syarat-syarat keahlian Tabung ini adalah seperti berikut:- 2.1 Terbuka kepada semua isi rumah warga/penduduk Taman Changkat Desa/Melewar2 (TCDM2) yang berumur 18 tahun ke atas yang mana sekurang-kurangnya seorang anggota keluarga adalah...