Posts

Showing posts from January, 2021

Pelitup muka diedarkan kepada penduduk

Image
  Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 akan mengedarkan satu kotak pelitup muka kepada semua rumah mulai Ahad 17 Disember. Pengedaran pelitup muka itu adalah sebahagian daripada aktiviti Persatuan yang dianjurkan demi kepentingan warga TCDM2. Pengerusi Datuk Gazali Harun berkata sebanyak 160 kotak pelitup muka di beli oleh Persatuan Penduduk dengan peruntukan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Saluran tebatan banjir di Kampung Changkat ditumbuhi pokok

Image
. Tebatan banjir ialah tindakan mengurangkan jumlah atau isu padu air sungai di bahagian hulu sebelum sungai memasuki pusat bandar raya. Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang merupakan sebahagian ikhtiar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur.  Projek tebatan ini telah dirancang sejak Rancangan Malaysia ke-8 lagi. Antara kawasan yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini ialah Jalan 2/10 Taman Koperasi Polis 1, di hadapan Taman Changkat Desa. Menerusi projek ini, air hujan disalurkan dari Sungai Gombak menuju ke kolam takungan Batu. Namun selepas beberapa  ta hun didapati  saluran banjir bawah tanah iti tidak diselenggarakan dengan baik sehingga muncul pokok dan tumbuh-tumbuhan di dalam saluran di tempat tertentu Penulis merakam gambar di saluran  tersebut di Kampung Changkat di mana terdapat tumbuh-tumbuhan yang boleh menghalang kelancaran air banjir. Pihak JPS Kuala Lumpur telah dimaklumkan dan pegawai yang menjawab p...

Hidupkan keharmonian sempena 2021 - Gazali

Image
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada seluruh warga TCDM2. Sempena dengan tahun baharu ini, Pengerusi, Datuk Gazali Harun mengajak penduduk di taman ini supaya bersama-sama menggembleng tenaga serta berkongsi ilmu bersama Persatuan Penduduk bag menjadikan kejiranan kita komuniti yang harmoni, bersepakat serta selamat didiami.  Di samping itu kita harus memelihara adab kesopanan dan kesusilaan serta hormat-menghormati, berbaik sangka, bertimbang rasa serta berempati. Gazali berkata pengalaman yang kita tempuhi pada 2020 berupa pahit, kecewa, sedih ataupun gembira dan semua itu hanya tinggal sebagai kenangan. Tambahnya, pandemik Covid-19 telah merobah norma kehidupan manusia di seluruh dunia mengakibatkan keadaan ekonomi terjejas teruk dan jutaan orang hilang pekerjaan serta punca pendapatan. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP), sekatan perjalanan, penutupan sempadan antarabangsa dan lain-lain sekatan serta pe...