"Selamat tinggal semua" - Ram
Ram Bahadur Gurung Nepal, sebuah negara di Asia Selatan, diapit oleh India di timur, selatan dan barat manakala di utaranya pula merupakan kawasan autonomi Tibet, China. Nepal juga terkenal kerana mempunyai kawasan pergunungan tertinggi dunia, Gunung Everest. Inilah negara di mana berasalnya sebahagian besar pengawal keselamatan di negara ini, bermula dari zaman British dahulu yang merekrut askar Gurkha atau Gorkha. Pada Selasa, 21 Disember ini, pengawal keselamatan kita, Ram Bahadur Gurung, 40, akan berlepas pulang ke kampung halamannya di Nawalparasi, Nepal, kira-kira 3,400 kilometer dari Kuala Lumpur. Ram, yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Taman Changkat Desa/Melewar 2 selama lebih tiga tahun, akan pulang untuk menjalani rawatan bagi penyakit 'liver' atau hati di Nepal. Beliau berada di Malaysia dan bekerja dalam bidang kawalan keselamatan untuk satu tempoh yang lama iaitu kira-kira 10 tahun. Justeru keselesaan beliau berada di Malaysia dan mengenali rapat rak...