AGM ke-10 PPTCM2 berjalan lancar
Ahli-ahli Persatuan Penduduk menyanyikan lagu 'Negara Ku' sebelum mesyuarat agung Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2 hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-10 dengan jayanya. Keseluruhannya pada tahun ini, jumlah ahli Persatuan meningkat kepada 142 orang berbanding dengan 114 orang pada tahun lepas. Tempoh skim Tabung Ihsan Kematian (TIK) pada tahun 2020 -2021 yang tamat pada 30 September lalu telah diperbaharui dengan sejumlah 139 orang, iaitu tambahan seramai 25 orang bagi tempoh 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2022. Di bawah skim TIK itu, apabila berlaku kematian, keluarga waris/peserta akan memperoleh dua manfaat - iaitu bayaran wang tunai daripada Etiqa Takaful antara RM350 hingga RM2,500 mengikut kategori umur dan imbuhan sebanyak RM200 daripada Persatuan, sama ada dalam bentuk wang tunai atau makanan yang dimasak dengan nilai yang sama. Dalam ucapannya, Pengerusi, Datuk Gazali Harun menegaskan bahawa pihak Persatuan masih mampu menjalanka...