Posts

Showing posts from June, 2021

Tabung Ihsan Kematian: Sumbangan pertama diserahkan

Image
Hjh Mahani menyerahkan                 sumbangan kepada Pn Roseliani Sejak Oktober 2020 lebih 100 warga TCDM2 telah menyertai Tabung Ihsan Kematian (TIK) anjuran Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar2 dengan membayar RM25. TIK ada dua komponen, iaitu 1. Perlindungan Takaful Etiqa (tertakluk pada syarat Etiqa). 2. Sumbangan ihsan sama ada tunai ataupun makanan bernilai RM200, mengikut kesesuaian apabila berlaku kematian ahli keluarga ahli TIK. Ahli yang memasuki skim ini tidak perlu bimbang kerana Persatuan Penduduk mempunyai rekod pencarum dan tanggungan.  Apabila berlaku kematian, pihak Persatuan akan semak rekod untuk melihat kelayakan manfaat yang sepatutnya diterima dan memaklumkan Etiqa. Perlu diingatkan bahawa perlindungan adalah untuk pencarum sebagai ketua keluarga (atau isteri sebagai pencarum utama) dan tanggungan iaitu anak di bawah umur 23 tahun. Ibu atau ayah yang tinggal di alamat yang sama tidak dilindungi dalam skim i...